Thursday, July 8, 2010

Bhg 1: JAMBU BATU DAN SUMBANGANNYA TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA

JAMBU BATU DAN SUMBANGANNYA TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA
PETER MC EWAN (A67415)
FAKULTI SAINS PEMBANGUNAN


PENGENALAN
Tumbuh-tumbuhan merupakan satu komponen penting dalam kehidupan manusia. Kepentingan tumbuh-tumbuhan bukan sahaja meliputi sumber makanan dan ubat-ubatan dari sudut pandangan tradisional tetapi sumbangan tumbuh-tumbuhan telah melewati pandangan tersebut. Ini kerana tumbuh-tumbuhan telah memberi nilai dan sumbangan yang besar ke atas kehidupan manusia dari segi biologi, persekitaran, kesihatan, ekonomi, sosial dan sebagainya.
Sumbangannya yang besar dari pelbagai aspek kehidupan manusia telah menyebabkan tumbuh-tumbuhan adalah sebahagian kehidupan manusia dari sudut nilai dan konfigurasi nilai tersebut.
Satu contoh yang akan dikemukakan bagi menyokong pandangan ini ialah sumbangan Jambu Batu ke atas kehidupan manusia. Walaupun ia kelihatan agak remeh kerana jambu batu hanyalah satu daripada ratusan buah yang kita nikmati setiap hari dan jarang kita memikirkan sumbangannya terhadap kehidupan manusia dari perspektif yang lebih luas dan terbuka. Maka adalah wajar melihat sumbangannya yang begitu besar ke atas kehidupan manusia dari pelbagai sudut yang mana kita melihatnya menerusi sepotong jambu batu yang kita beli di jalanan itu tanpa memikirkan sesuatu yang lebih jauh daripada menikmatinya untuk seketika dan melupakannya tanpa memikirkan nilainya yang begitu besar.

LATAR BELAKANG DAN SEJARAH
Jambu batu atau nama saintifiknya Psidium guajava adalah satu daripada jenis buah-buahan Tropika yang berasal dari benua Amerika selatan yang tumbuh liar beratus-ratus tahun dahulu dan menjadi makanan orang-orang tempatan.
Jambu batu pertama kalinya ditemui oleh Gonzalo Hernadez de Oveido, seorang penjajah berbangsa Sepanyol di Haiti. Penjajah-penjajah Sepanyol yang datang ke benua Amerika Selatan telah membawa buah ini menyeberangi Lautan Pasifik ke Filipina pada tahun 1526, kemudian ia disebarkan ke Asia Tenggara dan Asia Timur serta Benua India oleh pengembara-pengembara Portugis pada awal abad ke 17.
Jambu batu dipercayai sampai ke Malaysia seawal abad ke 18 melalui aktiviti perdagangan di antara Malaysia dan India.

JAMBU BATU PADA MASA KINI
Pada masa kini jambu batu boleh dikatakan ditanam di seluruh dunia yang memiliki persekitaran atau ekologi yang sesuai dengan tanaman tersebut iaitu di kawasan had latitud 35’U dan 35’S garisan Khatulistiwa (seperti dalam rajah 1 yang dilampirkan). Jambu batu ini telah menjadi keluaran utama beberapa negara yang menghasilkan pendapatan yang lumayan. Antara negara yang aktif dari segi pengeluaran dan penyelidikan jambu batu ini ialah Malaysia, Brazil, India, Haiti, Jamaica, Kenya dan sebagainya.
Malaysia telah mengusahakan penanaman jambu batu ini secara besar-besaran semenjak tahun 1987 memandang buah ini berpotensi menghasilkan pendapatan yang agak lumayan di dalam atau luar negeri kerana jambu batu telah didapati mempunyai khasiat yang tinggi dan penanamannya juga mudah dan amat sesuai diusahakan di Malaysia yang mempuyai iklim Khatulistiwa iaitu iklim yang panas dan lembab sepanjang tahun.
Berdasarkan potensinya, kerajaan melalui beberapa agensi-agensinya seperti MARDI, RISDA dan sebagainya telah mengorak langkah ke hadapan bagi mengkomersilkan penanaman buah ini.
Menurut sumber daripada Jabatan Pertanian pada tahun 1988, kawasan penanaman jambu batu di Malaysia adalah seperti berikut:
-----------------------------------------------------------------
NEGERI KAWASAN (ha)
-----------------------------------------------------------------
Perak 495
Johor 247
Selangor 204
Negeri Sembilan 50
Pahang 194
Melaka 101
Perlis 29
Pulau Pinang 47
---------------------------------------------------------
Jumlah 1367


Jambu batu mempuyai nilai ekonomi yang tinggi memandangkan ia mempunyai khasiatnya yang banyak, sesuai ditanam di Malaysia, mudah ditanam dan negara mempunyai infrastruktur yang baik untuk urusan pengetinan dan pemprosesannya.Selain daripada itu, buah ini juga boleh diproses dengan lebih lanjut menjadi pelbagai hasil makanan yang bernilai sementara itu bahagian lain pokok jambu batu boleh juga digunakan untuk pelbagai tujuan.

Bersambung bhg 2....


BIBLIOGRAFI
1. Abu Bakar, M.N 1988. Fruits-based industries in Malaysia, Seminar teknologi buah-buahan, Kuala Lumpur.
2. Khoo Khay Chong, Jambu batu di Malaysia : pengeluaran, perosak dan penyakit, Tropical press sdn. bhd, 1990
3. Harbant Singh, Pengenalan Patologi Tumbuhan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1992

No comments:

Post a Comment