Thursday, July 8, 2010

Bhg 3: HASIL KELUARAN SAMPINGAN

JAMBU BATU DAN SUMBANGANNYA TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA
PETER MC EWAN (A67415)
FAKULTI SAINS PEMBANGUNAN


HASIL KELUARAN SAMPINGAN


Biji jambu batu
Biji jambu batu digunakan sebagai bahan permulaan untuk menghasilkan anak pokok akar stok yang digunakan di dalam cantuman tunas. Minyak daripada biji jambu batu boleh digunakan di dalam penyediaan kuah salad.

Daun, batang dan akar jambu batu
Daun, kulit kayu dan akar jambu batu telah digunakan dalam bidang perubatan untuk pelbagai rawatan penyakit manusia seperti cirit-birit, disentri dan demam seriawan. Di India, daunnya digunakan untuk merawat luka, penyembuh sakit gigi dan beberapa kegunaan lain. Di Eropah, sejenis ekstrak daun jambu batu telah berada di pasaran untuk rawatan cirit-birit dan gastroenteritis.
Di Malaysia, rebusan daun juga digunakan untuk mengatasi masalah cirit-birit dan sakit perut secara tradisional.Perubatan tradisional di Perak juga menggunakan kulit dan daun jambu batu untuk merangsang haid dan digunakan semasa bersalin untuk membuang plasenta.Di Pekan, Pahang, daun jambu batu telah digunakan secara tradisional oleh mesyarakat melayu di dalam penyediaan ‘air banyar’ untuk mewarnakan kain sutera hitam.

Kayu jambu batu
Kayu jambu batu yang keras dan mempuyai komposisi bahan kering sesuai digunakan sebagai kayu api dan arang. Kayu yang keras dan uratnya yang rata juga digunakan untuk menghasilkan ukiran kayu, pemegang lembing, pahat, lastik, peralatan rumah, peralatan pertanian, tiang pagar dan sebagainya.

RUMUSAN
Ringkasnya Jambu batu atau nama saintifiknya Psidium guajava bukanlah sahaja merupakan buah yang enak semata-matanya dan hanya berperanan sebagai pencuci mulut ketika menjamu selera ataupun sebagai makanan ringan malah ia mempuyai nilai yang melewati persepsi tersebut.
Khasiatnya yang tinggi merupakan makanan yang ideal serta perlu di ambil untuk kesihatan manusia.Memandangkan khasiatnya yang tinggi maka banyak industri-industri berasaskan jambu batu berkembang dan memberikan pulangan yang lumayan dalam ekonomi di samping produk-produk sampingan yang dihasilkan.
Memandangkan jambu batu mempuyai potensi yang baik untuk dimajukan dalam konteks etnobotani, oleh itu masih terdapat banyak ruang yang boleh diterokai sama ada secara penyelidikan sains botani ataupun ekonomi pemasaran yang membawa banyak manfaat ke atas manusia dan perkembangan ilmu Botani.

the end....

Kembali ke bhg 1

BIBLIOGRAFI
1. Abu Bakar, M.N 1988. Fruits-based industries in Malaysia, Seminar teknologi buah-buahan, Kuala Lumpur.
2. Khoo Khay Chong, Jambu batu di Malaysia : pengeluaran, perosak dan penyakit, Tropical press sdn. bhd, 1990
3. Harbant Singh, Pengenalan Patologi Tumbuhan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1992

No comments:

Post a Comment