Thursday, July 8, 2010

Home

Assalamualaikum.... Shukur di atas limpah kurniaNYA dipertemukan kita di dalam blog ini. Saya merupakan pembekal jambu batu Muar. Kepada sesiapa berminat untuk menambah bekalan jambu batu muar (MemIliki gerai) atau baru menceburi perniagaan jualan jambu batu secara gerai/payung boleh la menghubungi;

0193676461/0123670529 - Musa (Mustang)ATAU
0126717965 - Nurul

Di alamat Tmn Desa Saujana, Sg Merab,Kajang


link me to

1.JAMBU BATU DAN SUMBANGANNYA TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA
2.
3.
4.

Bhg 3: HASIL KELUARAN SAMPINGAN

JAMBU BATU DAN SUMBANGANNYA TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA
PETER MC EWAN (A67415)
FAKULTI SAINS PEMBANGUNAN


HASIL KELUARAN SAMPINGAN


Biji jambu batu
Biji jambu batu digunakan sebagai bahan permulaan untuk menghasilkan anak pokok akar stok yang digunakan di dalam cantuman tunas. Minyak daripada biji jambu batu boleh digunakan di dalam penyediaan kuah salad.

Daun, batang dan akar jambu batu
Daun, kulit kayu dan akar jambu batu telah digunakan dalam bidang perubatan untuk pelbagai rawatan penyakit manusia seperti cirit-birit, disentri dan demam seriawan. Di India, daunnya digunakan untuk merawat luka, penyembuh sakit gigi dan beberapa kegunaan lain. Di Eropah, sejenis ekstrak daun jambu batu telah berada di pasaran untuk rawatan cirit-birit dan gastroenteritis.
Di Malaysia, rebusan daun juga digunakan untuk mengatasi masalah cirit-birit dan sakit perut secara tradisional.Perubatan tradisional di Perak juga menggunakan kulit dan daun jambu batu untuk merangsang haid dan digunakan semasa bersalin untuk membuang plasenta.Di Pekan, Pahang, daun jambu batu telah digunakan secara tradisional oleh mesyarakat melayu di dalam penyediaan ‘air banyar’ untuk mewarnakan kain sutera hitam.

Kayu jambu batu
Kayu jambu batu yang keras dan mempuyai komposisi bahan kering sesuai digunakan sebagai kayu api dan arang. Kayu yang keras dan uratnya yang rata juga digunakan untuk menghasilkan ukiran kayu, pemegang lembing, pahat, lastik, peralatan rumah, peralatan pertanian, tiang pagar dan sebagainya.

RUMUSAN
Ringkasnya Jambu batu atau nama saintifiknya Psidium guajava bukanlah sahaja merupakan buah yang enak semata-matanya dan hanya berperanan sebagai pencuci mulut ketika menjamu selera ataupun sebagai makanan ringan malah ia mempuyai nilai yang melewati persepsi tersebut.
Khasiatnya yang tinggi merupakan makanan yang ideal serta perlu di ambil untuk kesihatan manusia.Memandangkan khasiatnya yang tinggi maka banyak industri-industri berasaskan jambu batu berkembang dan memberikan pulangan yang lumayan dalam ekonomi di samping produk-produk sampingan yang dihasilkan.
Memandangkan jambu batu mempuyai potensi yang baik untuk dimajukan dalam konteks etnobotani, oleh itu masih terdapat banyak ruang yang boleh diterokai sama ada secara penyelidikan sains botani ataupun ekonomi pemasaran yang membawa banyak manfaat ke atas manusia dan perkembangan ilmu Botani.

the end....

Kembali ke bhg 1

BIBLIOGRAFI
1. Abu Bakar, M.N 1988. Fruits-based industries in Malaysia, Seminar teknologi buah-buahan, Kuala Lumpur.
2. Khoo Khay Chong, Jambu batu di Malaysia : pengeluaran, perosak dan penyakit, Tropical press sdn. bhd, 1990
3. Harbant Singh, Pengenalan Patologi Tumbuhan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1992

Bhg 2 : KHASIAT JAMBU BATU

JAMBU BATU DAN SUMBANGANNYA TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA
PETER MC EWAN (A67415)
FAKULTI SAINS PEMBANGUNAN


KHASIAT JAMBU BATU
Jambu batu dipercayai mempuyai sumber vitamin C yang tinggi didalam bentuk asid askorbik.Secara perbandingan kandungan asid askorbiknya jauh lebih tinggi daripada buah-buahan yang lain. Ia mengandungi 3 hingga 6 kali lebih banyak vitamin C berbanding dengan buah oren, 10 - 30 kali lebih banyak berbanding dengan pisang, dan kira-kira 10 kali lebih banyak berbanding dengan buah betik.Suatu kultivar yang diperkenalkan dan ditanam di Malaysia iaitu Donrom tanpa biji, dilaporkan mempuyai kandungan vitamin C nya 100 - 300 I.U. bersamaan dengan jumlah kandungan dalam 27 biji epal. Julat nilai asid askorbik yang dilaporkan ialah 10-1160 mg per 100g buah. Kebanyakkan asid askorbik tertumpu di dalam kulit dan mesokarpa luar, mancapai nilai maksimum didalam buah hijau yang matang sepenuhnya dan merosot apabila buah ranum. Kultivar isi merah jambu dilaporkan mengandungi jumlah asid askorbik yang lebih tinggi berbanding isi bewarna putih. Walau bagaimanapun, sesetengah saintis mendapati jumlahnya berbeza mengikut varieti dan kawasan.
Selain daripada kandungan vitamin C yang tinggi, jambu batu juga didapati mengandungi kandungan vitamin A yang agak banyak. Kultivar isi merah jambu dilaporkan mempuyai paras kandungan yang lebih tinggi (3.1 mg/100 g) berbanding kultivar isi putih.
Jambu batu juga mempuyai sedikit vitamin B-tiamina (B1), riboflavin (B2), asid nikotinik dan asid pantotenik. Contohnya ialah kultivar isi merah mempuyai 0.17 mg/100g asid pantotenik dan 0.05 mg/100 g amina.
Jambu batu juga didapati mengandungi jumlah fosforus dan Kalsium yang sederhana dan juga sedikit besi, kalium dan natrium.
Buah jambu batu mengandungi 74-87% kelembapan, 13-26% bahan kering, 0.5-1% abu, 0.4-0.7% lemak mentah dan 0.8-1.5% protein mentah. Keasidan dan pH mesokarpa yang telah dilaporkan berbeza, masing-masing dari 0.33 hingga 0.99% sama ada kultivar isi merah atau isi putih.
Berdasarkan kepada komposisi biokimia yang terdapat pada jambu batu ini, ia merupakan salah satu buah yang begitu berkhasiat kepada semua lapisan masyarakat. Kandungan vitamin C nya yang tinggi sesuai dimakan oleh semua golongan kerana pengambilan jambu batu secara harian mampu mengekalkan vitamin C di dalam badan manusia. Zat besi dan Kalsium yang sederhana juga sesuai di ambil khususnya golongan tua dan kanak-kanak untuk tujuan tumbesaran tulang yang baik dan proses memperbaiki sel-sel tulang yang rosak atau rapuh. Jambu batu adalah salah satu buah tempatan yang begitu berkhasiat berbanding dengan buah-buahan yang lain. Satu perbandingan komposisi biokimianya dapat dilihat berdasarkan jadual satu yang dilampirkan dalam Lampiran.

bersambung bhg 3...

BIBLIOGRAFI
1. Abu Bakar, M.N 1988. Fruits-based industries in Malaysia, Seminar teknologi buah-buahan, Kuala Lumpur.
2. Khoo Khay Chong, Jambu batu di Malaysia : pengeluaran, perosak dan penyakit, Tropical press sdn. bhd, 1990
3. Harbant Singh, Pengenalan Patologi Tumbuhan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1992

Bhg 1: JAMBU BATU DAN SUMBANGANNYA TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA

JAMBU BATU DAN SUMBANGANNYA TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA
PETER MC EWAN (A67415)
FAKULTI SAINS PEMBANGUNAN


PENGENALAN
Tumbuh-tumbuhan merupakan satu komponen penting dalam kehidupan manusia. Kepentingan tumbuh-tumbuhan bukan sahaja meliputi sumber makanan dan ubat-ubatan dari sudut pandangan tradisional tetapi sumbangan tumbuh-tumbuhan telah melewati pandangan tersebut. Ini kerana tumbuh-tumbuhan telah memberi nilai dan sumbangan yang besar ke atas kehidupan manusia dari segi biologi, persekitaran, kesihatan, ekonomi, sosial dan sebagainya.
Sumbangannya yang besar dari pelbagai aspek kehidupan manusia telah menyebabkan tumbuh-tumbuhan adalah sebahagian kehidupan manusia dari sudut nilai dan konfigurasi nilai tersebut.
Satu contoh yang akan dikemukakan bagi menyokong pandangan ini ialah sumbangan Jambu Batu ke atas kehidupan manusia. Walaupun ia kelihatan agak remeh kerana jambu batu hanyalah satu daripada ratusan buah yang kita nikmati setiap hari dan jarang kita memikirkan sumbangannya terhadap kehidupan manusia dari perspektif yang lebih luas dan terbuka. Maka adalah wajar melihat sumbangannya yang begitu besar ke atas kehidupan manusia dari pelbagai sudut yang mana kita melihatnya menerusi sepotong jambu batu yang kita beli di jalanan itu tanpa memikirkan sesuatu yang lebih jauh daripada menikmatinya untuk seketika dan melupakannya tanpa memikirkan nilainya yang begitu besar.

LATAR BELAKANG DAN SEJARAH
Jambu batu atau nama saintifiknya Psidium guajava adalah satu daripada jenis buah-buahan Tropika yang berasal dari benua Amerika selatan yang tumbuh liar beratus-ratus tahun dahulu dan menjadi makanan orang-orang tempatan.
Jambu batu pertama kalinya ditemui oleh Gonzalo Hernadez de Oveido, seorang penjajah berbangsa Sepanyol di Haiti. Penjajah-penjajah Sepanyol yang datang ke benua Amerika Selatan telah membawa buah ini menyeberangi Lautan Pasifik ke Filipina pada tahun 1526, kemudian ia disebarkan ke Asia Tenggara dan Asia Timur serta Benua India oleh pengembara-pengembara Portugis pada awal abad ke 17.
Jambu batu dipercayai sampai ke Malaysia seawal abad ke 18 melalui aktiviti perdagangan di antara Malaysia dan India.

JAMBU BATU PADA MASA KINI
Pada masa kini jambu batu boleh dikatakan ditanam di seluruh dunia yang memiliki persekitaran atau ekologi yang sesuai dengan tanaman tersebut iaitu di kawasan had latitud 35’U dan 35’S garisan Khatulistiwa (seperti dalam rajah 1 yang dilampirkan). Jambu batu ini telah menjadi keluaran utama beberapa negara yang menghasilkan pendapatan yang lumayan. Antara negara yang aktif dari segi pengeluaran dan penyelidikan jambu batu ini ialah Malaysia, Brazil, India, Haiti, Jamaica, Kenya dan sebagainya.
Malaysia telah mengusahakan penanaman jambu batu ini secara besar-besaran semenjak tahun 1987 memandang buah ini berpotensi menghasilkan pendapatan yang agak lumayan di dalam atau luar negeri kerana jambu batu telah didapati mempunyai khasiat yang tinggi dan penanamannya juga mudah dan amat sesuai diusahakan di Malaysia yang mempuyai iklim Khatulistiwa iaitu iklim yang panas dan lembab sepanjang tahun.
Berdasarkan potensinya, kerajaan melalui beberapa agensi-agensinya seperti MARDI, RISDA dan sebagainya telah mengorak langkah ke hadapan bagi mengkomersilkan penanaman buah ini.
Menurut sumber daripada Jabatan Pertanian pada tahun 1988, kawasan penanaman jambu batu di Malaysia adalah seperti berikut:
-----------------------------------------------------------------
NEGERI KAWASAN (ha)
-----------------------------------------------------------------
Perak 495
Johor 247
Selangor 204
Negeri Sembilan 50
Pahang 194
Melaka 101
Perlis 29
Pulau Pinang 47
---------------------------------------------------------
Jumlah 1367


Jambu batu mempuyai nilai ekonomi yang tinggi memandangkan ia mempunyai khasiatnya yang banyak, sesuai ditanam di Malaysia, mudah ditanam dan negara mempunyai infrastruktur yang baik untuk urusan pengetinan dan pemprosesannya.Selain daripada itu, buah ini juga boleh diproses dengan lebih lanjut menjadi pelbagai hasil makanan yang bernilai sementara itu bahagian lain pokok jambu batu boleh juga digunakan untuk pelbagai tujuan.

Bersambung bhg 2....


BIBLIOGRAFI
1. Abu Bakar, M.N 1988. Fruits-based industries in Malaysia, Seminar teknologi buah-buahan, Kuala Lumpur.
2. Khoo Khay Chong, Jambu batu di Malaysia : pengeluaran, perosak dan penyakit, Tropical press sdn. bhd, 1990
3. Harbant Singh, Pengenalan Patologi Tumbuhan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1992

Monday, June 28, 2010

Info saintifik dan kesihatan


Daun jambu mengandungi
- Tanin
- Minyak Asiri (Eugenol)
- Minyak Lemak
- Dammar
- Zat Samak
- Triterpenoid

baik untuk
- Cirit birit
- Anti radang
- Penghentian pendarahan (Hemostatis)
- Melancarkan penjalanan haid


Buah Jambu pula Mengandungi
- Asid Amino (Tripotofan,Lisin)
- Pektin
- Kalsium
- Fosfor
- Besi
- Manganese
- Magnesium
- Sulphur
- Vitamin A,B1 dan C

Bersifat antioksidaan kerana mengandungi Beta keratin dan vitamin C yang tinggi membantu dalam meningkatkan daya tahan tubuh

Buah jambu juga boleh digunakan dalam pengubatan
- Kencing manis (Diabetis Mellitus)
- Kadar kolestrol dalam darah yang tinggi(hiperkolestrolemia)

Friday, June 4, 2010

Khasiat Jambu Batu



Khasiat Buah-Buahan Bantu Kurangkan Kolesterol


by Utusan Online - Aizawati Ahmad


TAHUKAH anda bahawa jambu batu merupakan buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia?

Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.

Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.

Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.

Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Simposium Makanan Berfungsi Asia Pasifik di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut beliau, buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.

Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.

Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.

Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan.

Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.

"Tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya,'' ujar beliau.

Selain jambu batu, buah betik juga boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak 19.2 peratus sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu empat minggu.

Buah betik yang sudah dibuang biji dan kulitnya perlu diambil sebanyak 400 gram sehari.

Nanas turut tergolong dalam kumpulan buah yang mengandungi vitamin yang tinggi dan ia boleh diambil dalam jumlah yang sama iaitu 400 gram.

Dr. Rokiah menjelaskan, asid yang ada dalam nanas membantu tubuh dan ia tidak memudaratkan mereka yang mengambilnya.

"Dalam nanas ada tambahan vitamin C dan nanas turut berfungsi sebagai antioksida.

"Malah nanas juga berupaya menurunkan paras kolesterol sebanyak 8.38 peratus dalam masa tiga minggu sahaja,'' katanya lagi.

Bagi penggemar pisang emas pula mungkin ini merupakan perkhabaran gembira untuk anda kerana buah tersebut juga berfungsi mengurangkan paras kolesterol dalam darah.

Pisang emas boleh diambil sebanyak empat hingga lima biji sehari dalam tempoh empat minggu.

Bagaimanapun, pisang emas masih tidak dapat menandingi jambu batu yang disifatkan sebagai buah yang paling bagus diikuti dengan nanas, tembikai, belimbing dan betik.

Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil lima jenis hidangan buah-buahan sehari kerana ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada tubuh.

Dalam pada itu, Dr. Rokiah juga menolak dakwaan segelintir masyarakat yang menyifatkan sesetengah buah seperti nanas dan betik sebagai ``tajam serta mendatangkan angin dalam tubuh.''

Menurut beliau, tidak terdapat bukti saintifik yang menunjukkan buah-buahan berkenaan memudaratkan kesihatan manusia.

"Ini hanya kepercayaan masyarakat. Tidak ada bukti saintifik yang membuktikan kenyataan mereka itu benar,'' terangnya.

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM telah menjalankan kajian terhadap khasiat buah-buahan tempatan sejak tiga tahun lalu.

"Kami memilih buah kerana semua orang suka makan buah. Ia berbeza dengan sayur-sayuran kerana tidak semua orang gemarkan sayur,'' jelas beliau.

Satu kajian UPM ke atas penduduk luar bandar pada tahun lalu menunjukkan buah-buahan tempatan seperti jambu batu, nanas dan betik berupaya membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah.

Dr. Rokiah berkata, walaupun orang kampung tidak terdedah kepada makanan ringan tetapi menerusi pemeriksaan kesihatan yang dilakukan, para penyelidik mendapati paras kolesterol dalam darah mereka tinggi.

UPM telah melakukan kaji selidik dengan memberi pesakit terbabit buah-buahan tempatan iaitu jambu batu, nanas, betik, tembikai dan belimbing mengikut sukatan yang ditetapkan.

Selepas tempoh tertentu, paras kolesterol dalam darah pesakit-pesakit terbabit diuji dan didapati telah berkurangan berbanding sebelumnya.

Dr. Rokiah kesal kerana orang ramai masih tidak mengambil buah-buahan dalam jumlah yang mencukupi.

"Masyarakat sekarang lebih gemar mengambil makanan tambahan dalam bentuk pil sedangkan ada segelintir daripada produk berkenaan diragui keberkesanannya,'' katanya.

Sumber Dari : Utusan Online

Info

Jambu batu atau juga dikenali sebagai jambu biji di Indonesia, merupakan buah-buahan tropika. Nama saintifik jambu batu adalah Psidium guajava, Linn dari keluarga "Myrtaceae". Jambu batu banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur.

Jambu batu dipercayai berasal dari kawasan antara Peru dan Mexico. Jambu batu tersebar ke merata kawasan tropika dan sub tropika. Di Malaysia kawasan penanaman secara komersil bermula pada pertengahan tahun 1980 - Sumber : Wikipedia